Thursday 4 October 2012

CONTOH AYAT AKTIVITI


                MEMINDAH MAKLUMAT
Bina 5 ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti dalam gambar di bawah.

                                                                                                                  

1.     Dua orang guru lelaki sedang memasang kain rentang di atas pentas untuk majlis sambutan hari guru.

2.     Seorang guru lelaki dan seorang lelaki sedang mengangkat rosterm ke atas pentas untuk tempat orang berucap semasa sambutan hari guru.

3.     Dua orang murid lelaki sedang menyapu lantai dewan menggunakan penyapu agar dewan itu bersih .

4.     Dua orang murid lelaki dibantu oleh seorang guru lelaki sedang mengangkat sofa ke tempat yang sesuai sebagai tempat duduk tetamu.

5.     Seorang murid lelaki sedang mengangkat dua buah kerusi plastik untuk disusun di dalam dewan sebagai tempat duduk murid-murid.

2 comments: