Friday 5 October 2012

Latihan nilai murni


MENCARI NILAI MURNI
NAMA  :_______________________
TAHUN :_______________________

AYAT
PERKATAAN
NILAI
1.       Suhana menunggang basikal secara terburu-buru kerana telah terlewat ke sekolah.


2.       Rizal dan ibunya berterima kasih kepada jiran-jirannya kerana membantu mereka mencari kucing mereka yang hilang.


3.       Penduduk kampung bekerjasama membersihkan persekitaran rumah untuk mengelakkan daripada serangan penyakit demam denggi.


4.       Zainab akan menyimpan lebihan wang wang sakunya di dalam tabung.


5.       Walaupun rumah Zamrul jauh dari sekolah, namun dia tetap datang kesekolah setiap hari.


6.       Haikal selalu menasihati anaknya supaya tidak melanggar peraturan sekolah.


7.       Jamaluddin ternampak seekor anak kucing yang comot di tepi jalan lalu mengambilnya dan dibawa balik ke rumah untuk dibela.


8.       Mak Limah akan memastikan sayur yang hendak dimasaknya dicuci terlebih dahulu.


9.       Salman memberi tempat duduk kepada seorang lelaki buta di dalam bas.


10.   Beberapa orang murid lelaki menconteng dinding tandas sekolah kerana tidak berpuas hati dihukum oleh guru disiplin.


11.   Fauzidan dan Ramli berdiri tegak ketika lagu “Negaraku”berkumandang di stadium sebelum perlawanan bola sepak dimulakan.


12.   Murid-murid tahun satu akan memberi salam   dan bertanyakan khabar apabila bertemu guru mereka.


13.   Penjenayah itu menyesal apabila dihukum penjara atas kesalahan membunuh.


14.   Majikan itu akan memberi upah yang sama rata kepada pekerjanya tanpa pilih kasih.


15.   Jamilah memulangkan dompet seorang wanita yang tercicir di perhentian bas.


16.   Semua penduduk disaran mengibarkan Jalur Gemilang semasa sambutan Hari Kebangsaan.


               

No comments:

Post a Comment